Helen Gillet: Kamu menJumpai Saya

TEDWomen 2017

Helen Gillet: Kamu menJumpai Saya

344,460 views

Readability: 4.7


Cellist dan penyanyi Helen Gillet menggabungkan latihan klasiknya, akar jazz yang berpangkalan di New Orleans dan kemahiran improvisasi percuma untuk melaksanakan muzik eklektiknya sendiri. Dalam persembahan yang merdu dan hebat, dia memainkan lagu "Kamu Jumpa Saya."

Yasin Kakande: Kehilangan Dalam Debat Global Tentang Pelarian

TED2018

Yasin Kakande: Kehilangan Dalam Debat Global Tentang Pelarian

893,672 views

Readability: 5.7


Dalam debat berterusan berkenaan pelarian, kita mendengar pendapat semua-- daripada ahli politik yang berikrar untuk mengawal sempadan kepada rakyat yang bimbang kehilangan kerja mereka -- semua, kecuali pendatang sendiri. Mengapa mereka datang ke mari? Wartawan dan Felo TED Yasin Kakande menjelaskan apa yang menyebabkan beliau dan ramai yang lain untuk melarikan diri daripada tanah air mereka, mendorong kepada perbincangan lebih terbuka dan perspektif yang baru. Kerana kisah kemanusiaan, beliau mengingatkan, adalah sebuah kisah penghijrahan. "Tiada sekatan ketat yang dapat menghentikan gelombang penghijrahan yang menetapkan sejarah manusia," kata beliau.

Hadi Eldebek: Bagaimana artis menyumbang kepada ekonomi -- dan bagaimana kita dapat membantu mereka?

TED Residency

Hadi Eldebek: Bagaimana artis menyumbang kepada ekonomi -- dan bagaimana kita dapat membantu mereka?

1,093,200 views

Readability: 3.8


Kesenian membantu makna dalam hidup kita dan nadi kepada budaya -- jadi mengapa kita selalu melihat artis sebagai golongan yang kais pagi makan pagi untuk mencari rezeki? Hadi Eldebek berusaha untuk mencipta masyarakat yang lebih menghargai artis menerusi platform dalam talian yang memadankan artis dengan geran dan peluang pembiayaan -- jadi mereka dapat menumpukan perhatian kepada penghasilan karya seni dan tidak lagi sibuk membuat kerja-kerja sampingan.

Aala El-Khani: Bagaimana pengalaman menjadi ibu bapa di zon perang

TEDxManchester

Aala El-Khani: Bagaimana pengalaman menjadi ibu bapa di zon perang

1,008,446 views

Readability: 4.7


Bagaimana ibu bapa melindungi anak-anak mereka dan membantu mereka berasa selamat sekali lagi apabila rumah mereka dimusnahkan oleh peperangan? Dalam ucapan yang menyentuh hati ini, pakar psikologi Aala El-Khani berkongsi mengenai tugasnya membantu dan juga belajar daripada keluarga-keluarga pelarian yang terjejas oleh perang saudara di Syria. Beliau bertanya: Bagaimana boleh kita membantu ibu bapa yang penyayang ini untuk memberikan anak-anak mereka keibubapaan yang mesra dan selamat yang mereka sangat memerlukannya?

James Veitch: Inilah yang berlaku bila anda balas emel penipuan

TEDGlobal>Geneva

James Veitch: Inilah yang berlaku bila anda balas emel penipuan

33,863,176 views

Readability: 3.9


Email yang sangsi: bon insuran tidak dituntut, peti deposit keselamatan bertatah belian, rakan rapat terkandas di negara asing. Emel ini muncul dalam peti masuk kita dan prosedur biasa adalah memadamkannya. Namun apa yang berlaku jika anda balas? Ikuti penulis dan pelawak James Veitch menceritakan perbualan melucukan selama berminggu-minggu bersama penipu yang menawarkan ganjaran atas urusjanji yang menarik.

Harry Cliff: Sudahkah kita sampai ke penghujung fizik?

TEDGlobal>Geneva

Harry Cliff: Sudahkah kita sampai ke penghujung fizik?

2,474,437 views

Readability: 4.7


Mengapa ada berbanding tiada? Mengapa terlalu banyak benda wujud dalam dunia? Ahli fizik partikel Harry Cliff mengkaji Pelanggar Hadron Besar di CERN dan beliau mempunyai berita buruk bagi mereka yang mencari jawapan persoalan ini. Walaupun saintis berusaha sedaya upaya (bersama bantuan mesin terbesar di dunia), kita mungkin tidak menjelaskan sepenuhnya kesemua cir-ciri alam semulajadi. Adakah ini penghujung kepada fizik? Ketahui lebih lanjut dalam ceramah menarik ini tentang kajian terkini struktur rahsia alam sejagat.

Chieko Asakawa: Bagaimana teknologi terkini mampu menolong golongan buta untuk menerokai dunia.

TED@IBM

Chieko Asakawa: Bagaimana teknologi terkini mampu menolong golongan buta untuk menerokai dunia.

1,284,850 views

Readability: 4.1


Bagaimanakah teknologi membantu kita meningkatkan kualiti hidup? Bagaimana kita boleh mengemudi dunia tanpa menggunakan deria penglihatan? Pencipta dan Felo IBM Chieko Asakawa, yang buta sejak berusia empat belas, sedang berusaha untuk menjawab soalan- soalan ini. Dengan demonstrasi yang menarik, dia menunjukkan beberapa teknologi terkini yang membantu orang buta menjadi lebih berdikari dalam menerokai dunia... kerana beliau beranggapan bahawa apabila kita mereka bentuk sesuatu untuk meluaskan kebolehcapaian sesetengah orang, semua orang akan mendapat faedah.

Yuval Noah Harari: What explains the rise of humans?

TEDGlobalLondon

Yuval Noah Harari: What explains the rise of humans?

3,132,739 views

Readability: 4.3


Seventy thousand years ago, our human ancestors were insignificant animals, just minding their own business in a corner of Africa with all the other animals. But now, few would disagree that humans dominate planet Earth; we've spread to every continent, and our actions determine the fate of other animals (and possibly Earth itself). How did we get from there to here? Historian Yuval Noah Harari suggests a surprising reason for the rise of humanity.

Alaa Murabit: Apa Pandangan Sebenar Agama Saya Terhadap Wanita

TEDWomen 2015

Alaa Murabit: Apa Pandangan Sebenar Agama Saya Terhadap Wanita

2,686,735 views

Readability: 4.2


Keluarga Alaa Murabit berpindah dari Kanada ke Libya ketika dia berumur 15 tahun. Sebelum ini, beliau berasa mempunyai kesamarataan dengan saudara lelakinya, tetapi dalam persekitaran baru ini beliau merasakan terdapat larangan yang besar terhadap perkara yang mampu dicapainya. Sebagai seorang wanita Muslim yang bangga dengan ajaran Islam, beliau tertanya-tanya: adalah ini benar-benar doktrin agama? Dengan cara yang berseloroh, bersemangat dan pemberontakan cara modern, beliau berkongsi bagaimana beliau menemui contoh-contoh pemimpin wanita yang terdapat di dalam lipatan sejarah kepercayaannya - dan bagaimana dia melancarkan kempen untuk memperjuangkan hak-hak wanita dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran.

Joey Alexander: An 11-year-old prodigy performs old-school jazz

TED2015

Joey Alexander: An 11-year-old prodigy performs old-school jazz

2,311,538 views

Readability: 7.9


Raised listening to his dad's old records, Joey Alexander plays a brand of sharp, modern piano jazz that you likely wouldn't expect to hear from a pre-teenager. Listen as the 11-year-old delights the TED crowd with his very special performance of a Thelonious Monk classic.

Takaharu Tezuka: Tadika terbaik yang anda pernah lihat

TEDxKyoto

Takaharu Tezuka: Tadika terbaik yang anda pernah lihat

4,667,117 views

Readability: 2.4


Di sebuah sekolah di Tokyo, kanak-kanak berusia lima tahun menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tingkap adalah tempat Santa masuk. Saksikan: tadika tercomel di dunia, direka bentuk oleh seorang arkitek bernama Takaharu Tezuka. Di dalam persembahan yang menarik ini, beliau membawa kita melalui proses reka bentuk yang menyokong konsep kanak-kanak sepatutnya menjadi kanak-kanak.

Marc Kushner: Kenapa reka bentuk bangunan pada masa depan bergantung pada… anda?

TED2014

Marc Kushner: Kenapa reka bentuk bangunan pada masa depan bergantung pada… anda?

3,180,839 views

Readability: 3.9


“Reka bentuk bukannya tentang matematik atau pengezonan, ia adalah tentang emosi kita yang meluap-luap,” Marc Kushner berkata. Dalam ucapan yang lucu dan melibatkan abad-abad yang berbeza ini, beliau meninjau gaya seni bina dalam 30 tahun kebelakangan ini untuk menunjukkan bagaimana orang ramai, setelah mereka mula berhubung secara atas talian, menjadi pihak yang penting dalam proses mereka bentuk. Dengan bantuan media sosial, para arkitek dapat menerima maklum balas orang ramai beberapa tahun terlebih dahulu walaupun sesebuah bangunan itu belum dibina. Akibatnya? Reka bentuk yang lebih hebat.

Hannah Fry: Tafsiran cinta dari sudut matematik

TEDxBinghamtonUniversity

Hannah Fry: Tafsiran cinta dari sudut matematik

4,677,294 views

Readability: 4.1


Menemui pasangan yang sesuai bukannya sebuah perkara yang mudah -- tapi mungkin matematik dapat membantu? Dalam ucapan yang menarik ini, ahli matematik, Hannah Fry, menunjukkan pola-pola bagaimana kita mencari pasangan, dan memberikan tiga petua (yang telah disahkan dari sudut matematik!) untuk membantu kita menemui orang yang istimewa itu.

Rosie King: Cara autisme bebaskan saya untuk jadi diri saya yang sebenar

TEDMED 2014

Rosie King: Cara autisme bebaskan saya untuk jadi diri saya yang sebenar

2,451,229 views

Readability: 3.2


“Ramai yang takut pada variasi dan cuba mengkelaskan segalanya dengan label yang spesifik.” kata Rosie King, berumur 16 tahun, seorang yang berani dan autistik. Dia mahu tahu, kenapa orang mahu jadi normal? Dia mahu setiap kanak-kanak, ibu bapa, guru dan orang ramai menyahut panggilan untuk meraikan keunikan seseorang. Ia adalah bukti mutakhir terhadap potensi kepelbagaian umat sejagat.

Daria van den Bercken: Kenapa saya bermain piano di atas jalan... dan di atas langit

TEDSalon Berlin 2014

Daria van den Bercken: Kenapa saya bermain piano di atas jalan... dan di atas langit

938,261 views

Readability: 3.9


Daria van den Bercken, pemain piano, amat menyukai karya muzik Baroque daripada George Frideric Handel. Kini, dia mahu mencetuskan minat orang ramai terhadap muzik tersebut. Dalam ceramah ini, beliau memainkan muzik tersebut yang dapat mencetuskan emosi yang berbeza. Beliau bermain piano di atas langit, di atas jalan, dan semestinya di atas pentas.

Aziza Chaouni: Bagaimana saya menghidupkan semula sebatang sungai, dan bandar saya

TED2014

Aziza Chaouni: Bagaimana saya menghidupkan semula sebatang sungai, dan bandar saya

698,003 views

Readability: 5.4


Sungai Fez membelit melalui medina Fez, Maghrabi - suatu bandar zaman pertengahan seperti maze yang merupakan Tapak Warisan Dunia. Pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai "jiwa" bandar disambut ini, sungai ini mengalah kepada kumbahan dan pencemaran, dan pada tahun 1950-an telah ditutupi sedikit demi sedikit sehingga tiada apa lagi yang kekal. Fellow TED Aziza Chaouni menceritakan usaha beliau selama 20 tahun untuk memulihkan sungai ini kepada kemuliaan lamanya, dan mengubah bandar beliau dalam proses tersebut.

Julian Treasure: Bagaimana bercakap supaya orang mahu mendengar

TEDGlobal 2013

Julian Treasure: Bagaimana bercakap supaya orang mahu mendengar

29,447,373 views

Readability: 2.9


Pernahkah anda merasakan seperti anda bercakap, tetapi tidak ada siapa yang mendengar? Ceramah Julian Treasure ini boleh membantu! Dalam ceramah yang berguna ini, pakar bunyi ini menunjukkan bagaimana bercakap dengan bertenaga — dari beberapa latihan suara yang mudah kepada cara untuk bercakap dengan empati. Satu ucapan yang berupaya membantu dunia ini berbunyi lebih indah.

Jamila Lyiscott: 3 jenis gaya pertuturan dalam bahasa Inggeris

TEDSalon NY2014

Jamila Lyiscott: 3 jenis gaya pertuturan dalam bahasa Inggeris

4,170,394 views

Readability: 3.3


Jamila Lyiscott dapat menuturkan tiga jenis gaya pertuturan dalam bahasa Inggeris. Dalam ceramah yang penuh bertenaga ini, dia menghayati dan mencabar ketiga-tiga jenis gaya pertuturan ini yang dituturkannya dengan kawan-kawannya, dengan ibu bapanya, dan semasa dia berada di kelas. Dia meninjau sejarah dan identiti yang diwakili oleh setiap gaya itu dan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan "ada bakat dalam bahasa".

Zak Ebrahim: Saya anak pengganas. Saya memilih keamanan.

TED2014

Zak Ebrahim: Saya anak pengganas. Saya memilih keamanan.

4,990,829 views

Readability: 4.4


Jika anda dibesarkan berdasarkan dogma dan kebencian, adakah anda mempunyai pilihan yang berbeza selepas itu? Zak Ebrahim cuma berusia tujuh tahun semasa ayah dia terlibat dalam rancangan mengebom Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada tahun 1993. Kisah dia mengejutkan kita, tapi ia memberikan inspirasi.

Wendy Chung: Autism - perkara yang kita tahu (dan yang kita belum tahu lagi)

TED2014

Wendy Chung: Autism - perkara yang kita tahu (dan yang kita belum tahu lagi)

2,675,549 views

Readability: 4.9


Dalam pembentangan fakta ini, pakar genetik, Wendy Chung berkongsi tentang perkara yang kita tahu tentang gangguan spektrum autisme - contohnya, terdapat beberapa sebab berkait. Chung dan pasukannya mengkaji hal yang boleh dipelajari melalui kajian, rawatan dan mendengar dengan teliti melangkaui kebimbangan dan kerisauan dalam mencapai diagnosis.

Gabriel Barcia Colombo: Mesin layan diri DNA saya

TED Fellows Retreat 2013

Gabriel Barcia Colombo: Mesin layan diri DNA saya

810,148 views

Readability: 4.4


Mesin layan diri biasanya menawarkan, gula-gula dan kerepek. Bukannya untuk mesin yang dicipta oleh Fellow TED Gabe Barcia-Colombo. Artis ini telah menghasilkan suatu Mesin Layan Diri DNA, yang mengeluarkan DNA manusia yang diekstrak, dibungkus dalam botol bersama gambar orang yang memberikannya. Ianya menarik dan aneh, tetapi menekankan isu-isu etika lebih besar yang akan timbul sementara akses kepada bioteknologi terus meningkat.

Henry Lin: Apa yang kita boleh belajar daripada galaksi

TEDYouth 2013

Henry Lin: Apa yang kita boleh belajar daripada galaksi

1,349,148 views

Readability: 4


Dalam ceramah yang menyeronokkan dan menarik ini, Henry Lin bercakap tentang sesuatu yang tidak dijangka di langit: kelompok galaksi. Pemenang anugerah Intel Science Fair ini berkata, dengan mengkaji sifat-sifat kepingan terbesar di alam semesta, banyak perkara yang kita boleh belajar tentang misteri-misteri saintifik di dunia kita dan galaksi.

McKenna Pope: Mahu menjadi seorang aktivis? Mulakan dengan barang permainan anda

TEDYouth 2013

McKenna Pope: Mahu menjadi seorang aktivis? Mulakan dengan barang permainan anda

953,570 views

Readability: 3.6


Adik lelaki McKenna Pope gemar akan memasak, tetapi dia risau untuk menggunakan Easy-Bake Oven - kerana ia merupakan barang permainan untuk budak perempuan. Jadi pada umur 13 tahun, Pope memulakan petisyen dalam talian agar syarikat barangan permainan Amerika, iaitu Hasbro, menukar warna merah jambu dan ungu pada barangan permainan klasik itu dan menggunakan kanak-kanak lelaki dalam pemasaran TV mereka. Dalam ceramah yang sangat menggalakkan ini, Pope memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa barangan permainan yang neutral dari segi jantina harus dipasarkan dan menyeru kanak-kanak yang merasakan diri mereka tidak berkuasa untuk bertindak.

Joe Kowan: Bagaimana saya menewaskan gugup pentas

TED@State Street Boston

Joe Kowan: Bagaimana saya menewaskan gugup pentas

2,408,274 views

Readability: 3.6


Perasaan takut yang dimiliki manusia berguna dalam membantu kita memberikan tumpuan tajam untuk mengelakkan diri daripada dimakan oleh haiwan-haiwan lain yang senantiasa bersaing. Bagaimanapun, perasaan takut yang meluap-luap dan menguasai badan bukan sesuatu yang baik apabila kita berada di hadapan 20 orang peminat muzik rakyat, di pentas terbuka pada malam Selasa. Tapak tangan berpeluh, tangan menggeletar, pandangan kabur, dan otak berkata LARI: itulah gugup pentas. Dalam ceramah yang menarik dan bermuzik ini, Joe Kowan bercerita tentang bagaimana beliau menewaskannya.

Paula Johnson: Rawatan kesihatan bagi lelaki dan wanita

TEDWomen 2013

Paula Johnson: Rawatan kesihatan bagi lelaki dan wanita

1,129,760 views

Readability: 3.9


Sel badan mempunyai jantina. Maksudnya, lelaki dan wanita adalah berbeza daripada peringkat sel. Tapi selalunya, bidang penyelidikan dan perubatan tidak memberikan perhatian padanya; akibatnya, lelaki dan wanita mempunyai tindak balas terhadap penyakit atau kesan rawatan yang berbeza. Dalam ceramahnya yang merangsang fikiran ini, doktor perintis, Paula Johnson, menjelaskan bahawa kegagalan untuk mempertimbangkan faktor perbezaan jantina bermakna kita merisikokan kesihatan wanita. Sudah tiba masanya kita berfikir tentangnya.

Sandra Aamodt: Kenapa berdiet selalunya tidak berkesan?

TEDGlobal 2013

Sandra Aamodt: Kenapa berdiet selalunya tidak berkesan?

4,380,079 views

Readability: 4.1


Di Amerika Syarikat, 80% daripada kanak-kanak perempuan berdiet sejak berusia 10 tahun lagi. Neurosaintis Sandra Aamodt menggunakan pengalaman peribadinya bagi mengungkap bagaimana otak mengendalikan badan kita. Beliau meneroka sains di sebalik mengapa diet bukan sahaja tidak berkesan, tetapi mungkin mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan. Beliau mencadangkan idea-idea untuk hidup tanpa obsesi kepada diet.

Maysoon Zayid: Saya ada 99 masalah... Palsi cuma salah satu daripadanya

TEDWomen 2013

Maysoon Zayid: Saya ada 99 masalah... Palsi cuma salah satu daripadanya

9,696,309 views

Readability: 3.9


"Saya menderitai palsi serebrum. Saya asyik menggeletar." Itulah yang diumumkan oleh Maysoon Zayid pada permulaan ceramahnya yang sangat lucu dan menyenangkan ini. (Ia memang lucu). "Saya seolah-olah gabungan Shakira dan Muhammad Ali." Pelawak Arab-Amerika ini berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelakon, pelawak secara langsung, dermawan dan penyokong orang kurang upaya.